Pada hari ini, perjumpaan kokum kali ke-3 telah diadakan bermula jam 6.40 pagi sehingga jam 2.00 petang. Bermula dengan perhimpunan mingguan dari jam 6.40 pagi hingga 7.50 pagi. Selepas itu, perjumpaan unit beruniform: Pandu Puteri dan Ranger Puteri telah menjalankan aktiviti latihan kawad kaki di Medan Perhimpunan sambil dipantau oleh guru penasihat. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam. Pelajar diberi rehat selama 15 minit sebelum aktiviti seterusnya.
Seterusnya, pelajar bergerak ke lokasi bagi aktiviti sukan dan permainan. Guru penasihat memantau aktiviti yang berlangsung sambil menunjuk cara dan teknik yang betul bagi sukan dan permainan. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam.
Akhir sekali, pelajar bergerak untuk mengikuti perjumpaan bagi kelab dan persatuan. Guru penasihat bagi setiap kelab dan persatuan bergerak ke lokasi perjumpaan dengan bahan atau aktiviti yang telah dirancang dan diesediakan. Bagi kelab koperasi sekolah, kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong serta aktiviti keceriaan bagi Koperasi Sekolah. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan kemudiannya diberikan tugas. Satu kumpulan diarahkan menjalankan aktiviti gotong-royong di bilik koperasi. Satu kumpulan lagi diberikan tugas menyediakan carta organisasi Lembaga Koperasi SMK Padang Berampah Berhad bagi tahun 2011,. Salah satu kumpulan lagi diberikan tugas melakar, reka bentuk, mewarna dan menyiapkan logo dan baju bagi kelab koperasi sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan