Selamat Datang

Ahad, 10 April 2011

jalan2 ke Lawas, Sarawak

Baru je blk dr Kefci... ehhehe..lapor sudah berjalan2..jak arini.. Saya, suami, Fiza & Geng.... jalan2 pi lawas.. seronok sgt jalan2.. Kami hanya meninjau2 tempat pilihan raya yg akan berlansung minggu depan.... hahahaha..mcm wakil rakyat la plak kami..siap2 bergambar... hehehehe... Saje je amik gmbr kenangan bersama.... Saya teringin nk mkn nasi ayam penyet...Tp..hukhukhuk.... alangkah sedihnya... hari ini tiada...huhu.. xtau bile plak berkesempatan mau pi jalan2 sana...dan makan nasi ayam penyet,,,,mcmne la ek ...rasenya... mcm sedap je...xpe la xde rezeki saya la arini..

Selasa, 5 April 2011

Pesta PRA GATA di Sipitang

     Bermula pada hari jumaat 1 April telah diadakan pesta Pra Gata yang bertempat di Pekan Sipitang. Banyak gerai-gerai pameran dari pelbagai Jabatan telah dibuka. Tidak ketinggalan juga gerai-gerai makanan, kraftangan dan cenderahati. Siang dan malam ramai pengunjung ke sana dengan pelbagai ragam.. Malam la yang nampaknya agak meriah sekali. Saya tidak ketinggalan juga berkunjung ke sana bersama suami tersayang. Kami hanya berjalan-jalan sahaja dan melihat pelbagai pameran di tunjukkan. Pada malam semalam saya keluar bersama suami untuk melihat keadaan pada waktu malam. Nampaknya agak meriah dengan lampu2..Yang sangat-sangat menggelikan hati saya dan suami ialah ade dijual tanduk2 setan dengan lampu yang berkelip2... Nak tergelak pun ade... Ramai anak-anak mahupun yang dewasa memakainya.. Nak tergelak jugak... Haahhahaa.. ^_^

Jumaat, 1 April 2011

Majlis Tilawah Al-Quran

Pada 30 Mac 2011 yang lalu, berlaku peristiwa besar di SMK Padang Berampah, Sipitang. SMK Padang Berampah adalah selaku tuan rumah bagi bagi Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah Sipitang. Banyak sekolah rendah dan menengah yang menyertai setiap acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah hafazan, tilawah, nasyid, syarahan, dan bercerita. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang berjaya merangkul juara bagi setiap acara. (^_^).~~~