Selamat Datang

Sabtu, 17 September 2011

Assalamualaikum

Salam...salam Kemerdekaan...Salam 1 Malaysia... Masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri..Mohon Maaf atas salah dan silap... Hari ini baru berkesempatan mengupdate blog ini... mohon maaf.. kerana ada kekangan masa... Saya juga ingin mnegucapkan Salam Syawal... Kita masih lagi beeraya .... Ada antara kita yang membuat rumah terbuka.. terima kasih atas jemputan kalian dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya... Masih lagi kita di ambang syawal... Selamat Menjalani rutin2 harian sebagai hamba Allah... Semoga kita diberi kesihatan yang berpanjangan.. Kekuatan dan semangat untuk menjalani kehidupan ini... Semoga kalian mendapat rahmat dan keberkatan InsyaAllah...^_^..

Selasa, 17 Mei 2011

Assalamualaikum

       kaifa ha lukum... apa khabar semua.. lame sudah tidak menjengah blog ni... agak-agak lebih sebulan sudah.. Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan.. Hari ini tergerak hati saya untuk mengemaskini blog ini..Maaf atas segalanya.. Hari ini hari cuti umum..Wesak day... Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang beragama Buddha..

     Pejam celik pejam celik dah nk dekat dah cuti pertengahan tahun.. Tak sabar nyer rase nk blk kg... Rindu kat semua... Masakan ma... masakan mak mertua.. masakan orang-orang kampung... Sedapnyer... hehhehe... Pejam celik pejam celik.... baru trimester pertama kandungan... Macam-macam dugaan... Dengan alahannya... Ku mengharapkan kandungan ini sihat dan selamat.. Semoga anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah.. Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan.... Semoga dipermudah segala urusan...

Ahad, 10 April 2011

jalan2 ke Lawas, Sarawak

Baru je blk dr Kefci... ehhehe..lapor sudah berjalan2..jak arini.. Saya, suami, Fiza & Geng.... jalan2 pi lawas.. seronok sgt jalan2.. Kami hanya meninjau2 tempat pilihan raya yg akan berlansung minggu depan.... hahahaha..mcm wakil rakyat la plak kami..siap2 bergambar... hehehehe... Saje je amik gmbr kenangan bersama.... Saya teringin nk mkn nasi ayam penyet...Tp..hukhukhuk.... alangkah sedihnya... hari ini tiada...huhu.. xtau bile plak berkesempatan mau pi jalan2 sana...dan makan nasi ayam penyet,,,,mcmne la ek ...rasenya... mcm sedap je...xpe la xde rezeki saya la arini..

Selasa, 5 April 2011

Pesta PRA GATA di Sipitang

     Bermula pada hari jumaat 1 April telah diadakan pesta Pra Gata yang bertempat di Pekan Sipitang. Banyak gerai-gerai pameran dari pelbagai Jabatan telah dibuka. Tidak ketinggalan juga gerai-gerai makanan, kraftangan dan cenderahati. Siang dan malam ramai pengunjung ke sana dengan pelbagai ragam.. Malam la yang nampaknya agak meriah sekali. Saya tidak ketinggalan juga berkunjung ke sana bersama suami tersayang. Kami hanya berjalan-jalan sahaja dan melihat pelbagai pameran di tunjukkan. Pada malam semalam saya keluar bersama suami untuk melihat keadaan pada waktu malam. Nampaknya agak meriah dengan lampu2..Yang sangat-sangat menggelikan hati saya dan suami ialah ade dijual tanduk2 setan dengan lampu yang berkelip2... Nak tergelak pun ade... Ramai anak-anak mahupun yang dewasa memakainya.. Nak tergelak jugak... Haahhahaa.. ^_^

Jumaat, 1 April 2011

Majlis Tilawah Al-Quran

Pada 30 Mac 2011 yang lalu, berlaku peristiwa besar di SMK Padang Berampah, Sipitang. SMK Padang Berampah adalah selaku tuan rumah bagi bagi Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat Daerah Sipitang. Banyak sekolah rendah dan menengah yang menyertai setiap acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dipertandingkan adalah hafazan, tilawah, nasyid, syarahan, dan bercerita. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang berjaya merangkul juara bagi setiap acara. (^_^).~~~

Rabu, 30 Mac 2011

Hari yang menyedihkan buat saya

Akibatnya tidak fokus membuat kerja..huhuhu.. Malam ni rasa rajin pulak.. nak basuh baju.. Bila sudah dikumpulkan semua baju..saya terus je masuk baju-baju saya dan husband ke dalam mesin basuh.. Tiba-tiba saya dengar sesuatu bunyi.. Tapi saya buat xtau je... Ingtkan benda-benda yang biasa aje... Sekali bila saya mau keringkan.... saya tengok banyak sgt kertas yang terkoyak.. Terus bagtau hubby... Dia tanya ade ambil x name tag dan buku nota di poket.. Saya baru ingat...saya lupa nk check dalam poket baju.. huhu.. Dalam seluar saje yg sy check... Rupa2 nye... benda penting sekali buku nota kecik yg di dalam poket husband saya...sgt2 penting bg dia.. Rasa bersalah pun ada... Habis di baju cebisan-cebisan kertas.... huhu.. habis rosak baju-baju saya.. Mujurlah name taq di jumpai... Kalo x..habislah kena buat lain...Saya mntak maaf sy x sengaja.. Dia maafkan.... Tapi hati ini rase sedih sgt... Maafkan ayang yer hubby... Nnt ayang ganti blk buku nota.. Tapi mgkin xkan sama ngn buku nota my hubby coz.... buku nota dia mgkn ada catatan yg penting  bagi dia...huhu..


Isnin, 28 Mac 2011

Petua Mengurangkan Buncit di Perut

Amalkan petua ini: 

Perahkan sebiji limau nipis. Kemudian sebatikan ia dengan sedikit kapur sirih. Setelah itu sapukan ia ke perut dengan sapuan yang membulat. Petua ini digalakkan dan diamalkan pada waktu malam sebelum masuk tidur. Selamat mencuba..(',")



Perjumpaan KoKum Kali Ke-3



         Pada hari ini, perjumpaan kokum kali ke-3 telah diadakan bermula jam 6.40 pagi sehingga jam 2.00 petang. Bermula dengan perhimpunan mingguan dari jam 6.40 pagi hingga  7.50 pagi. Selepas itu, perjumpaan unit beruniform: Pandu Puteri dan Ranger Puteri telah menjalankan aktiviti latihan kawad kaki di Medan Perhimpunan sambil dipantau oleh guru penasihat. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam. Pelajar diberi rehat selama 15 minit sebelum aktiviti seterusnya.


        Seterusnya, pelajar bergerak ke lokasi bagi aktiviti sukan dan permainan. Guru penasihat memantau aktiviti yang berlangsung sambil menunjuk cara dan teknik yang betul bagi sukan dan permainan. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam.

       Akhir sekali, pelajar bergerak untuk mengikuti perjumpaan bagi kelab dan persatuan. Guru penasihat bagi setiap kelab dan persatuan bergerak ke lokasi perjumpaan dengan bahan atau aktiviti yang telah dirancang dan diesediakan. Bagi kelab koperasi sekolah, kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong serta aktiviti keceriaan bagi Koperasi Sekolah. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan kemudiannya diberikan tugas. Satu kumpulan diarahkan menjalankan aktiviti gotong-royong di bilik koperasi. Satu kumpulan lagi diberikan tugas menyediakan carta organisasi Lembaga Koperasi SMK Padang Berampah Berhad bagi tahun 2011,. Salah satu kumpulan lagi diberikan tugas melakar, reka bentuk, mewarna dan menyiapkan logo dan baju bagi kelab koperasi sekolah.



  

Ahad, 27 Mac 2011

Koleksi Resipi: Ayam masak halia...nyummm

http://resepi.mesra.net/Detailed/16603.shtml

DoSa JanGaN Di TaMBaH IMaN JanGaN Di ToLaK

                                    
                                   SeIndaH HiAsaN aDaLaH WaNiTa SoLeHaH


Erti Hidup Dengan Memberi

Erti hidup Dengan Memberi... Pemberiaan mestilah dengan hati yang ikhlas kerana Allah... kerana setiap apa yang kita niatkan...mestilah kerana Allah..InsyaAllah medapat keredhaan daripadaNya.. Ila mardhatillah..Amin

Ahlan Wasahlan....

Selamat datang ke blog saya......Saya baru hendak berjinak-jinak dengan blog.....jika ada pandangan atau komen...boleh kemukan untuk menambahbaikan blog ini...