Selamat Datang

Rabu, 30 Mac 2011

Hari yang menyedihkan buat saya

Akibatnya tidak fokus membuat kerja..huhuhu.. Malam ni rasa rajin pulak.. nak basuh baju.. Bila sudah dikumpulkan semua baju..saya terus je masuk baju-baju saya dan husband ke dalam mesin basuh.. Tiba-tiba saya dengar sesuatu bunyi.. Tapi saya buat xtau je... Ingtkan benda-benda yang biasa aje... Sekali bila saya mau keringkan.... saya tengok banyak sgt kertas yang terkoyak.. Terus bagtau hubby... Dia tanya ade ambil x name tag dan buku nota di poket.. Saya baru ingat...saya lupa nk check dalam poket baju.. huhu.. Dalam seluar saje yg sy check... Rupa2 nye... benda penting sekali buku nota kecik yg di dalam poket husband saya...sgt2 penting bg dia.. Rasa bersalah pun ada... Habis di baju cebisan-cebisan kertas.... huhu.. habis rosak baju-baju saya.. Mujurlah name taq di jumpai... Kalo x..habislah kena buat lain...Saya mntak maaf sy x sengaja.. Dia maafkan.... Tapi hati ini rase sedih sgt... Maafkan ayang yer hubby... Nnt ayang ganti blk buku nota.. Tapi mgkin xkan sama ngn buku nota my hubby coz.... buku nota dia mgkn ada catatan yg penting  bagi dia...huhu..


Isnin, 28 Mac 2011

Petua Mengurangkan Buncit di Perut

Amalkan petua ini: 

Perahkan sebiji limau nipis. Kemudian sebatikan ia dengan sedikit kapur sirih. Setelah itu sapukan ia ke perut dengan sapuan yang membulat. Petua ini digalakkan dan diamalkan pada waktu malam sebelum masuk tidur. Selamat mencuba..(',")



Perjumpaan KoKum Kali Ke-3



         Pada hari ini, perjumpaan kokum kali ke-3 telah diadakan bermula jam 6.40 pagi sehingga jam 2.00 petang. Bermula dengan perhimpunan mingguan dari jam 6.40 pagi hingga  7.50 pagi. Selepas itu, perjumpaan unit beruniform: Pandu Puteri dan Ranger Puteri telah menjalankan aktiviti latihan kawad kaki di Medan Perhimpunan sambil dipantau oleh guru penasihat. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam. Pelajar diberi rehat selama 15 minit sebelum aktiviti seterusnya.


        Seterusnya, pelajar bergerak ke lokasi bagi aktiviti sukan dan permainan. Guru penasihat memantau aktiviti yang berlangsung sambil menunjuk cara dan teknik yang betul bagi sukan dan permainan. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam.

       Akhir sekali, pelajar bergerak untuk mengikuti perjumpaan bagi kelab dan persatuan. Guru penasihat bagi setiap kelab dan persatuan bergerak ke lokasi perjumpaan dengan bahan atau aktiviti yang telah dirancang dan diesediakan. Bagi kelab koperasi sekolah, kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong serta aktiviti keceriaan bagi Koperasi Sekolah. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan kemudiannya diberikan tugas. Satu kumpulan diarahkan menjalankan aktiviti gotong-royong di bilik koperasi. Satu kumpulan lagi diberikan tugas menyediakan carta organisasi Lembaga Koperasi SMK Padang Berampah Berhad bagi tahun 2011,. Salah satu kumpulan lagi diberikan tugas melakar, reka bentuk, mewarna dan menyiapkan logo dan baju bagi kelab koperasi sekolah.



  

Ahad, 27 Mac 2011

Koleksi Resipi: Ayam masak halia...nyummm

http://resepi.mesra.net/Detailed/16603.shtml

DoSa JanGaN Di TaMBaH IMaN JanGaN Di ToLaK

                                    
                                   SeIndaH HiAsaN aDaLaH WaNiTa SoLeHaH


Erti Hidup Dengan Memberi

Erti hidup Dengan Memberi... Pemberiaan mestilah dengan hati yang ikhlas kerana Allah... kerana setiap apa yang kita niatkan...mestilah kerana Allah..InsyaAllah medapat keredhaan daripadaNya.. Ila mardhatillah..Amin

Ahlan Wasahlan....

Selamat datang ke blog saya......Saya baru hendak berjinak-jinak dengan blog.....jika ada pandangan atau komen...boleh kemukan untuk menambahbaikan blog ini...